Isu tidak bayar gaji pemain KDA FC: Sanusi nafi dakwaan TMJ

Astro Awani
November 14, 2021 21:20 MYT
Perang mulut antara Muhammad Sanusi dan Tunku Ismail berlaku menjelang pertemuan antara Kedah dan JDT dalam aksi suku akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi. --fotoBERNAMA / Instagram hrhcrownprinceofjohor
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu tunggakan gaji pemain pasukan Kedah Darul Aman FC.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam satu posting di Facebook tampil mempertahankan tindakan pihaknya yang tidak mempunyai masalah dalam membuat pembayaran gaji pemain.
“La ni bulan sebelaih dah... bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia,” jelas Muhammad Sanusi.
Dalam satu lagi posting, beliau menambah kenyataan berupa sindiran yang menunjukkan bahawa beliau telah sekian lama bermain bola sepak berbanding TMJ.
“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah.... La ni pun dok main bola lagi... diet apa diet?” katanya.
Sumber Facebook muhammadsanusi.mdnor
Sumber Facebook muhammadsanusi.mdnor
Perang mulut itu berlaku menjelang pertemuan Kedah dan skuad Harimau Selatan itu dalam aksi suku akhir Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.
Sebelum ini, isu tunggakan gaji pemain Kedah itu mendapat perhatian Tunku Ismail yang mendakwa KDA mengambil sambil lewa berkenaan menguruskan gaji pemain namun apabila berdepan JDT, tiba-tiba tunggakan itu diselesaikan.
Untuk rekod, aksi perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta’zim pada malam tadi berakhir dengan keputusan 0-0.
BACA: Piala Malaysia: KL City bawa bekalan dua gol ke Cheras, Kedah-JDT terikat di Alor Setar
#Muhammad Sanusi Md Nor #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #perang mulut #tunggakan gaji pemain