Isu pingat emas Ziyad: Ini penjelasan World Para Athletics
Harits Asyraf Hasnan
September 1, 2021 19:59 MYT
September 1, 2021 19:59 MYT
KUALA LUMPUR: World Para Athletics mendapati tiada alasan munasabah bagi tiga atlet bagi acara akhir lontar peluru kategori F20 untuk lewat memasuki 'call room'.
Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di portal Paralympic.org, juri rayuan mengekalkan keputusan yang dibuat pengadil dan mengesahkan keputusan semua atlet terlibat sebagai tidak menyertai penyertaan atau DNS (Did Not Start).
Ia melibatkan atlet dari Malaysia, Australia dan Ecuador.
"Keputusan itu dibuat berdasarkan Peraturan 5.5 World Para Athletics - Kegagalan melapor diri di 'call room' yang menyatakan sekiranya atlet gagal tiba di 'call room' pada waktu yang dipaparkan dijadual call room, keputusan mereka akan dipaparkan sebagai tidak bermula, DNS.
"Berdasarkan peraturan ini, para atlet masih dibenarkan untuk bertanding secara bersyarat sementara pengadil mempertimbang semua bukti mengapa atlet lewat masuk ke 'call room'," memetik kenyataan tersebut.
Impian jaguh lontar peluru negara F20, Muhammad Ziyad Zolkefli, untuk mempertahankan pingat emas dalam temasya Rio 2016 bagaikan diragut selepas penyertaannya dibatalkan.
Dalam pertandingan itu, Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod dunia dalam percubaan ketiganya dicatatkan pada 17.94 meter.
Ini penjelasan penuh oleh World Para Athletics berkenaan isu tersebut.