Isu keengganan pemain selesai - Dollah

Astro Arena
Julai 18, 2015 10:34 MYT
Robert Cornthwaite dan Norshahrul Idlan Talaha juga bakal diturunkan apabila berdepan Jaguh Liga Perdana Inggeris, Liverpoool dalam aksi persahabatan pra-musim pada 24 Julai bulan ini.
Ketua jurulatih bolasepak negara, Dollah Salleh lega isu keengganan pemain beraksi dengan skuad negara selesai menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Setelah melewati perbincangan membabitkan ramai pihak, penyelesaian akhirnya berpihak Dollah dengan jaminan semua pemain yang tersenarai melaporkan diri pada Ahad ini.
Tentunya Dollah gembira berikuta keputusan awal kapten Pahang, Razman Roslan yang disertai tiga pemain Selangor yang tidak mahu dilapaskan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) benar-benar membuat pengendali itu buntu.
"Setakat ini saya dapat maklumat bahawa kami tidak ada masalah dengan pemain tempatan nerikutan kekecohan baru-baru ini setelah menjalankan perbincangan"
Namun, Dollah terpaksa mencari pengganti pemain import Ashfaq Ali yang terpaksa terlepas perlawanan skuad negara seterusnya kerana mengalami kecederaaan sekaligus melihat Chad Souza menggantikan Dickson Nwakaeme di kentera serangan.
"Saya agak terkilan dengan perlepasan Ashfaq Ali yang menghubungi saya mengatakan kecederaannya masih dirasai"
Robert Cornthwaite dan Norshahrul Idlan Talaha juga bakal diturunkan apabila berdepan Jaguh Liga Perdana Inggeris, Liverpoool dalam aksi persahabatan pra-musim pada 24 Julai bulan ini.
#Dollah Salleh #Hari Raya Aidilfitri #Razman Roslan
;