Isu gigit telinga, Holyfield sudah pun memaafkan Tyson sejak 11 tahun lalu

Agensi
Mei 18, 2020 22:16 MYT
Tahun 1997 menjadi salah satu tahun yang penuh bersejarah di mana berlakunya satu peristiwa yang sukar untuk dilupakan, khususnya bagi para penggemar tinju. - Reuters
TAHUN 1997 menjadi salah satu tahun yang penuh bersejarah di mana berlakunya satu peristiwa yang sukar untuk dilupakan, khususnya bagi para penggemar tinju.
Ini kerana, pada tahun tersebut, peninju terkenal Mike Tyson telah menggigit telinga saingannya Evander Holyfield sehingga putus.
Peristiwa itu masih lagi menjadi bahan bualan sesetengah orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada dalam industri tinju meskipun ia sudah lama berlalu.
Pada 2009, kedua peninju profesional itu telah bersua muka di program realiti The Oprah Winfrey Show dan Tyson membuat permohonan maaf berhubung insiden itu.
“Kejadian ini sudah lama berlalu, tepatnya pada tahun 2009 atau 11 tahun yang lalu. Yang paling penting adalah memaafkan dan aku memaafkanmu," katanya.
Pada masa sama, Tyson memberitahu bahawa beliau berasa senang hati dapat mengenali dan menjadikan Holyfield sebagai sebahagian dalam hidupnya.
"Saya hanya ingin awak tahu bahawa saya sangat senang hati dapat berkenalan dengan kamu,” katanya.
Tyson kemudian bercerita bahawa setelah kejadian itu, dia sebenarnya meminta maaf kepada orang ramai.
Namun permohonan maafnya itu dikatakan tidak ikhlas. Kemudian, dia sekali lagi meminta maaf di program tersebut.
Holyfield yang sebelum ini tidak peduli sama sekali, kini sudah memaafkan Tyson dan dia ingin menjadi contoh di mana setiap manusia itu mampu memaafkan kesilapan seseorang pada akhirnya.
BACA: Holyfield ikut jejak langkah Tyson, bakal kembali ke gelanggang
Sementara itu, kedua-dua peninju hebat ini dikatakan akan membuat pertarungan buat kali ketiga yang mana masing-masing kini berada dalam proses peringkat akhir.
Pertarungan antara dua bekas juara heavyweight ini, akan berlangsung dalam perlawanan untuk tujuan amal.
Mereka juga sebelum ini ada memuat naik video mereka sedang berlatih di media sosial dengan bertujuan untuk menyusun aksi pertunjukkan dalam masa terdekat.
#Evander Holyfield #gigit telinga #heavyweight #Mike Tyson #The Oprah Winfrey Show #tinju
;