ISN akan keluarkan garis panduan khas untuk penganjur Hari Sukan Negara

Hilal Azmi
September 29, 2015 13:45 MYT
KHAIRY JAMALUDDIN: ISN akan keluarkan garis panduan untuk keluarkan panduan pada penganjur di seluruh negara apakah keputusan yg perlu dibuat bila IPU mencecah paras tidak sihat. -Gambar fail
Institut Sukan Negara akan keluarkan garis panduan kepada penganjur yang terlibat dengan Hari Sukan Negara sekiranya cuaca kurang mengizinkan pada 10 Oktober ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ISN akan mengeluarkan garis panduan itu secepat mungkin.
"ISN akan keluarkan garis panduan untuk keluarkan panduan pada penganjur di seluruh negara apakah keputusan yang perlu dibuat bila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah paras tidak sihat.
"KBS tidak akan kompromi dalam isu kesihatan biarpun tarikh tersebut merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu sejak ia diumumkan," katanya dalam sidang media sempena Astro Hari Sukan Get Fit di sini, hari ini.
Program anjuran Astro itu merupakan sokongan kepada Hari Sukan Negara yang dijadualkan, 10 Oktober ini.
Lebih 600 kakitangan Astro menyertai larian sejauh 2.6 kilometer, serta beberapa acara lain yang diadakan di perkarangan Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.
#Hari Sukan Negara #Institut Sukan Negara #ISN #jerebu #KBS #Khairy Jamaluddin