Iskandar menang, Malaysia tewas 4-1 lawan Jepun
Astro Arena
Februari 19, 2016 11:53 MYT
Februari 19, 2016 11:53 MYT
Iskandar Zulkarnain terus membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila menyumbang mata sulung buat Malaysia namun akhirnya tewas 4-1 kepada Jepun sekali gus menempatkan skuad negara sebagai naib juara Kumpulan B Kejohanan Berpasukan Asia di Hyderabad, India.
Aksi pertama menyaksikan Zulfadli Zulkifli tewas straight sets kepada Kento Momota 10-21, 11-21 sebelum juara kebangsaan, Iskandar beri tunjuk ajar kepada rakan senegaranya ketika menewaskan Takuma Euda 17-21, 21-14, 21-17.
Setelah tewas dalam set pertama bagi aksi ketiga, beregu negara Tan Kian Meng-Low Juan Shen pamer aksi hebat untuk memenangi set kedua namun dibelasah dalam set penentuan. Kemenangan 10-21, 21-15, 8-21 berpihak Takeshi Kamura- Keigo Sonoda.
Manakala nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan ketiga, Soon Joo Ven yang kalah tipis 18-21, 19-21 kepada Kenta Nishioto.
Bagaimanapun, Malaysia mengesahkan kelayakkan ke pusingan akhir Piala Thomas di Kunshan, China, Mei depan berdasarkan kedudukan ranking dunia pasukan.
Persoalannya, apakah kekalahan berat malam ini menunjukkan barisan muda negara masih ketinggalan jauh di belakang menentang negara-negara lain?
#Iskandar Zulkarnain terus membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila menyumbang mata sulung buat Malaysia namun akhirnya tewas 4-1 kepada Jepun
#Takeshi Kamura-Keigo Sonoda
#Tan Kian Meng-Low Juan Sher
#Zulfadli Zukifli