Iskandar melangkah ke suku akhir Terbuka Taiwan
Astro Arena
Jun 30, 2016 13:53 MYT
Jun 30, 2016 13:53 MYT
PEMAIN perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, mara ke suku akhir Terbuka Taiwan apabila berjaya menundukkan rakan senegara, Liew Daren, dalam pusingan ketiga.
Iskandar yang turun selaku pilihan ke-13 kejohanan menang 23-21, 19-21, 23-21 dalam perlawanan yang memakan masa 1 jam 13 minit.
Turut mara, beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, yang menewaskan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi 21-19, 21-18 dalam masa 36 minit.
Bagaimanapun, malang menimpa beregu wanita negara yang juga pilihan keempat kejohanan, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei, apabila kecundang kepada wakil Thailand, Chaladchalam Chayanit dan Phataimas Muenwong.
Walaupun menang set pertama 21-17, namun mereka gagal mengekalkan permainan konsisten dalam set kedua dan ketiga apabila tewas 21-14, 21-14.
Gandingan Hoon Thien How dan Teo Kok Siang turut terkandas apabila tewas kepada beregu Thailand, Bodin Issar dan Nipitphon Phuangphuapet, 21-15, 19-21, 21-16.
Keputusan lain:
Beregu wanita
(MAS) Chow Mei Kuan/Lee Yean Meng kk Go Ah Ra/Kong Yong Hee (KOR) 21-10, 21-11
Beregu lelaki
(MAS) Lim Khim Wah/Ong Jian Guo kk Li Junhui/Liu Yuchen (CHN) 21-17, 21-19