ISG: Pemanah muda wanita negara curi tumpuan
Astro Arena
Ogos 16, 2022 06:15 MYT
Ogos 16, 2022 06:15 MYT
PEMANAH wanita muda meningkat naik negara, Nurul Azreen Mohamad Fazil, mencuri tumpuan menerusi panahan konsisten sekaligus berada di kedudukan terbaik menyumbang pingat pertama skuad memanah negara dalam saingan Sukan Solidariti Islam di Konya, Turkiye.
Azreen berada di tahap yang terbaik apabila beraksi di bumi Turkiye berbekalkan kedudukan ranking melebihi kedudukan 200 terbaik.
Namun rentetan magis itu berakhir apabila Azreen tewas kepada pemanah tuan rumah, Gulnaz Busranur Coskun 6-0 di separuh akhir.
Bagaimanapun, Azreen berpeluang menebus duka apabila beraksi di penentuan gangsa menentang Indonesia, Khamis ini.
Dalam saingan lelaki, Bryson Ting, Firdaus Muhd Rusmadi dan Fitri Muhd Yusuf, terkandas awal bertemu selepas bertemu barisan memanah elit dunia sekaligus menanatkan saingan di pusingan 16 terbaik.