Isco berang tindakan wartawan

Astro Arena
April 14, 2018 01:03 MYT
Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas berjaya mengatasi Juventus 4-3 menerusi agregat, dalam pertarungan yang penuh drama pada Khamis. - Foto Astro ARENA
ISCO menggelarkan tindakan seorang wartawan sebagai memalukan berdasarkan liputannya ketika Real Madrid menewaskan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain Los Blancos itu tampak sangat marah dan tidak gembira selepas penyampai radio dan televisyen dari Sepanyol, Juanma Castano, menyifatkan kemenangan Madrid ke atas Juve pada Rabu lalu itu sebagai skandal dan rompakan dalam bola sepak, selepas juara bertahan itu dianugerahkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.
Apa yang membuatkan Isco begitu berang adalah kejayaan kebangkitan hebat yang dipamerkan Barcelona ke atas Paris Saint-Germain pada musim lalu dilihat sebagai sesuatu yang bersejarah di mata wartawan yang sama.
“Satu kerjaya, dua alat pengukur, amat memalukan,” ujar Isco menerusi laman Twitter peribadinya.
Madrid diundi bakal bertemu Bayern Munich dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara dan mereka kini menyasarkan untuk meraih kejuaraan itu buat kali ketiga berturut-turut.
#bola sepak #Isco #Juanma Castano #Juventus #Liga Juara-Juara Eropah #liputan #marah #memalukan #penyampai radio #Real Madrid #Skandal #wartawan