Irfan terus dominasi acara lempar cakera, raih pingat emas kali keenam berturut-turut

Astro Arena
Mei 11, 2023 20:37 MYT
Irfan kekalkan pingat emas yang dimenanginya sejak 2013 dalam acara berkenaan di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi. - Foto: Stadium Astro
IRFAN SHAMSUDDIN meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggara apabila mengekalkan pingat emas yang dimenanginya sejak 2013 dalam acara berkenaan di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan melakukan lemparan sejauh 57.83 meter, jauh meninggalkan pencabar lain untuk memenangi pingat emas keenamnya sepanjang penganjuran temasya itu.
Pingat perak menjadi milik atlet Thailand, Kiadpradid Srisai (51.89m) manakala rakan senegaranya, Bandit Singhatongkul meraih gangsa (50.02m).
Untuk rekod, Irfan memulakan penguasaan pingat emas acara itu sejak edisi Nay Pyi Taw pada 2013 sebelum mempertahankannya di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017), Manila (2019), Vietnam(2022) dan terbaru adalah di Kemboja.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
#Sukan SEA #pingat emas #Irfan Shamsuddin #lempar cakera
;