Irfan akui perlu bijak buat percaturan

Astro Awani
Mei 2, 2013 21:49 MYT
Pasukan Selangor akan terus berdepan dengan jadual padat susulan kemaraannya ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim ini.
Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim mengakui dia perlu bijak membuat percaturan bagi mengelak risiko kecederaan pemain di atas padang.
Jelas Irfan, pemain-pemain akan berada dalam keadaan keletihan jika tiada perancangan rapi dilakukan dalam mengharungi cabaran tersebut.
“Sebelum ini telah berlaku dimana dua perlawanan sebelum ini dimana pemain kita keletihan dan mengalami kecederaan oleh itu kami akan menempuhi perlawanan dengan lebih berhati-hati,” kata Irfan.
Skuad gergasi merah layak ke pusingan kedua piala AFC buat kali pertama sejak 2006 selepas muncul naib juara kumpulan H.
Menanti Selangor untuk penentuan ke suku akhir nanti adalah, kelab Maldives New Radiant pada 15 Mei ini.
Dalam pada itu, Selangor juga dalam persaingan mengejar kejuaraan Liga Super selepas berjaya menempatkan diri di kelompok atasan liga.
Selepas 14 perlawanan, Selangor berada di tangga keempat mengumpul 24 mata iaitu hanya empat mata dipisahkan dengan pendahulu, Lions xii.
#Irfan Bakti Abu Salim #Lions #piala afc #Selangor
;