IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti

Astro Arena
Januari 16, 2025 13:14 MYT
Pemain papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston, memuat naik gambar pingatnya, hanya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu. - Stadium Astro
JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kerosakan serta kemerosotan kualiti yang ketara itu membuatkan setiap atlet tertanya-tanya dengan keadaan serta mempersoalkan ketulenan pingat itu.
Untuk menangani isu tersebut, IOC telah mengesahkan bahawa mereka akan menggantikan semua pingat yang telah rosak, dan menyiasat apa yang terjadi sebenenarnya.
Dalam satu kenyataan rasmi, organisasi itu mengumumkan: "Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 bekerjasama rapat dengan Monnaie de Paris (Paris Mint), institusi yang bertanggungjawab untuk pembuatan dan kawalan kualiti pingat, untuk menilai sebarang aduan mengenai pingat dan untuk memahami keadaan dan punca sebarang kerosakan.
“Pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik dengan dan diukir secara teliti.
"Proses penggantian harus dimulakan dalam beberapa minggu akan datang," katanya.
Secara keseluruhan, Paris Mint menghasilkan 5,084 pingat untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris, tetapi tidak jelas berapa banyak yang perlu diganti. - Stadium Astro
#Sukan Olimpik Paris 2024 #pingat lusuh #IOC #pingat karat
;