IOC beri amaran kepada venue golf Olimpik Tokyo 2020

Astro Arena
Mac 3, 2017 09:53 MYT
Venue golf untuk sukan OLimpik Tokyo 2020, Kasumigaseki, mencetus kontroversi. - Foto: www.kasumigasekicc.or.jp
KEJOHANAN golf di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak akan diadakan di Lapangan Golf Kasumigaseki sekiranya pusat itu tidak membenarkan wanita menjadi ahli, kata Naib Presiden IOC, John Coates.
Selepas kembali dipertandingan di Rio 2016, golf akan meneruskan perjalanan di Sukan Olimpik Tokyo dengan lapangan di Saitama menjadi venue utama.
Bagaimanapun, larangan penyertaan oleh pemain wanita termasuk tidak dibenarkan bermain pada Ahad merupakan satu halangan besar, ulas Coates.
"Prinsip kami adalah berlandaskan diskriminasi sifar, itu adalah prinsip utama kami selama ini," katanya.
"Ketika ini terdapat perbincangan untuk lapangan golf itu menjalankan prosedur anti diskriminasi.
"Berkemungkinan isu ini dapat diselesaikan hujung Jun nanti."
Ketika di Rio, wakil Korea Selatan, Park Inbee memperolehi pingat emas dalam acara wanita manakala Justin Rose dari Great Britain mengungguli kategori lelaki.
#golf #olimpik 2020 #pemain wanita #Tokyo #venue
;