Intel perlihat siri CPU Raptor Lake Refresh tambahan bulan hadapan

Amanz
Disember 16, 2023 05:39 MYT
CPU-CPU ini akan boleh digunakan bersama-sama papan induk yang menggunakan soket LGA1700 tanpa masalah. -Amanz
SETELAH melancarkan sejumlah kecil siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake Refresh beberapa bulan lalu dan juga siri cip Intel Core Ultra Meteor Lake, Intel baru-baru ini membuat pengumuman akan melancarkan sejumlah siri Intel Raptor Lake Refresh.
Model-model cip pemprosesan yang akan dilancarkan ini adalah model “non-K” yang tidak mempunyai kemampuan lewahjam seperti apa yang ditawarkan oleh model-model premium seperti Intel Core i9-14900K.
Intel dijangka memperlihatkan sejumlah besar model cip pemprosesan baharu, termasuklah Intel Core i9-14900F, Intel Core i9-14900, Intel Core i7-14700F, Intel Core i7-14700, Intel Core i5-14400F, Intel Core i5-14400, Intel Core i3-14100 dan Intel 300.
Cip-cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan TDP maksima 65W dan masih memperlihatkan kelajuan CPU yang laju.
Sebagai contohnya Intel Core i9-14900 masih hadir dengan kelajuan maksima 5.8GHz, dan Intel Core i7-14700 mempunyai kelajuan 5.4GHz.
CPU-CPU ini akan boleh digunakan bersama-sama papan induk yang menggunakan soket LGA1700 tanpa masalah.
Cip pemprosesan ini akan dilancarkan sekitar Januari tahun depan, tidak lama selepas acara CES 2024. -Amanz
#Intel #Raptor Lake Refresh #Core Ultra Meteor Lake #cip pemprosesan