Insiden lempar botol: Syed Saddiq ke Indonesia, selesaikan hal berkaitan

Khairunnisa Kasnoon
Julai 13, 2018 16:06 MYT
Malaysia melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 menerusi sepakan penalti dengan menewaskan Indonesia 3-2. - Foto Facebook FAMalaysiaOfficial
"Saya akan ke Indonesia malam ni dan akan pastikan sebaik mungkin bahawa perkara ini tidak akan berulang, khususnya bagi Sukan Asia nanti,” ujar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Syed Saddiq mengulas mengenai insiden pasukan Bola Sepak Malaysia bawah 19 tahun (B19) yang dilempar botol selepas selesai perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, malam tadi.
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 selepas seri satu sama dengan Indonesia.
Sepakan penalti 3-2 melayakkan Malaysia ke final dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan 26,000 penyokong tuan rumah.
BACA: Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Syed Saddiq turut menyifatkan insiden itu amat menyedihkan.
Tambahnya, pihak tuan rumah juga telah berjanji akan perketatkan kawalan keselamatan untuk perlawanan Sabtu ini.
“Amat menyedihkan. Pihak mereka dah berjanji akan perketatkan kawalan keselamatan untuk perlawanan sabtu ini,” jelasnya menerusi laman Twitternya.

Amat menyedihkan. Pihak mereka dah berjanji akan perketatkan kawalan keselamatan untuk perlawanan sabtu ini. Saya akan ke Indonesia malam ni dan akan pastikan sebaik mungkin bahawa perkara ini tidak akan berulang, khususnya bagi Sukan Asia nanti. https://t.co/s2JgCHmkTH

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi respon segera mengenai insiden sama dengan menyifatkan ia perkara yang memalukan.
Ahli Parlimen Rembau itu turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kesabaran yang tinggi dan beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.
“Insiden yang amat memalukan. Namun rakyat Malaysia amat bersabar dan harap tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Harap tiada provokasi semasa Sukan Asia nanti,” katanya.

Insiden yang amat memalukan. Namun rakyat Malaysia amat bersabar & harap tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Harap tiada provokasi semasa Sukan Asia nanti. https://t.co/mbTEoH3ZZt

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, menerusi akaun Twitternya memberitahu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan beliau telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono untuk tindakan susulan.
Ujarnya, PSSI berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan dan turut memohon maaf atas insiden yang berlaku.
“Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu,” katanya.
Christopher sebelum ini menggesa Persekutuan Bola Sepak ASEAN mengambil tindakan sewajarnya atas insiden yang berlaku.

"saya telah menghubungi Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Joko Driyono dan beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan.

— Christopher Raj (@chrisraj23) July 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu." Datuk Hamidin Mohd Amin Gen Sec FAM

— Christopher Raj (@chrisraj23) July 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya harap @Asean_Football Federation akan mengambil tindakan terhadap @PSSI akibat incident incident yang berlaku di Stadium. Penyokong Indon yang membaling botol terhadap pemain pemain Malaysia. #AFFU192018 pic.twitter.com/76kuBU0rbB

— Christopher Raj (@chrisraj23) July 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, ini merupakan kali keenam skuad muda negara layak ke final pada Sabtu ini selepas hanya bergelar naib juara pada 2003, 2005, 2006, 2007 dan 2017.

Sesaat setelah pertandingan para pemain Malaysia U-19 dilempari botol. Namun pihak pengamanan dengan sigap mengamankan para pemain Malaysia U-19. . Sangat disayangkan padahal antusias suporter di Sidoarjo sangat luar biasa dan harus berakhir dengan lemparan. pic.twitter.com/zBsZkrJCfI

— Liga Indonesia (@seputarligina) July 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AFF #ASEAN #Belia #bola sepak #Bola Sepak B19 #FAM #Hamidin Mohd Amin #Indonesia #Khairy Jamaluddin #Persatuan Bola Sepak Malaysia #PSSI #Syed Saddiq #Twitter
;