Insiden kecoh Stadium Shah Alam: FAM sudah maklumkan kepada FIFA

Astro Awani
September 21, 2015 19:14 MYT
FIFA akan hanya memutuskan tindakan terhadap Malaysia selepas memperoleh beberapa butiran tambahan mengenai insiden tersebut daripada FAM. - Gambar fail
Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah mengesahkan FAM sudah menghantar maklum balas kepada FIFA minggu lalu, lapor Astro Arena.
Aksi Malaysia-Arab Saudi tergendala pada minit-87, ekoran tindakan sebahagian penyokong yang membakar suar dan membaling mercun ke dalam padang.
“Kami telah memberikan surat maklum balas kepada FIFA, dan kini kami menantikan jawapan dari pihak mereka," kata Afandi.
Afandi menjelaskan, FIFA akan hanya memutuskan tindakan terhadap Malaysia selepas memperoleh beberapa butiran tambahan mengenai insiden tersebut daripada FAM.
Dalam pada itu, Afandi memberi jaminan surat memohon penjelasan daripada pejabat pesuruhjaya sukan juga akan dijawab dalam tempoh terdekat ini.
Pada 8 September lalu, perlawanan di antara Malaysia dengan Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 terpaksa dihentikan ketika pelawat mendahului perlawanan 2-1.
Semuanya bermula apabila kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Ultras Malaya mula membakar suar, bom asap, mercun, merosakkan kerusi dan membalingnya ke dalam padang pada minit ke-84.
BACA: Kekecohan di Stadium Shah alam mungkin sudah dirancang - KPN
BACA: Sediakan laporan atau hadapi penggantungan
#Arab Saudi #bakar mercun #baling suar #FAM #FIFA #insiden kecoh #laporan
;