Inilah pakaian penyampai pingat di Olimpik Rio

Astro Arena
Ogos 1, 2016 14:10 MYT
Gabungan warna putih kuning dengan material yang mesra cuaca tropika menjadi pilihan penata imej. - Foto www.rio2016.com
SELEPAS menjalankan ujian yang meluas di bawah pelbagai keadaan pencahayaan, penganjur Sukan Olimpik Rio 2016 telah mendedahkan versi akhir pakaian seragam untuk penyampai-penyampai pingat, hari ini.
Dilhamkan oleh pereka tempatan, Andrea Marques, persalinan ini hanya menggunakan warna yang ringan bagi memastikan semua mata tetap fokus kepada atlet dalam upacara penyampainan pingat.
Reka bentuk akhir ini menekankan warna putih dan kuning, berbeza dengan versi sebelumnya yang menggunakan oren dan hijau.
Persalinan penyampai pingat berkenaan turut diselitkan dengan konsep keanggunan tropika. Ia diperbuat daripada bahan pakaian tradisional Brazil, iaitu kapas, bagi membuatkan pemakainya berasa lebih ringan, sesuai dengan iklimnya.
#fesyen #konsep tropika #Olimpik Rio #penyampai pingat Olimpik
;