Iniesta sedia kembali beraksi selepas kecederaan

AFP
Januari 13, 2014 08:00 MYT
Pemain tengah Barcelona Andres Iniesta akan kembali bersama pasukannya untuk perlawanan pada minggu hadapan selepas kelab bola sepak itu mendedahkan dia hanya mengalami lebam pada lutut kirinya ketika perlawanan Atletico Madrid pada Sabtu lalu.
Iniesta dikeluarkan pada separuh masa untuk memberi laluan kepada Lionel Messi setelah menerima asakan darpada pemain Atletico.
Walaubagaimanapun ujian yang dijalankan pada pagi Ahad mendedahkan tiada kecederaan serius terjadi untuk Iniesta kembali beraksi namun is bergantung kepada tahap kesihatannya untuk beberapa hari yang akan datang.
Perlawanan antara Barca dan Atletico di Stadium Vicente Calderon baru-baru ini menjadikan kedua-dua pasukan berada pada kedudukan yang sama.
#Andres Iniesta #barcelona #cedera
;