"Ini permainan kotor tetapi emas untuk Malaysia"
Astro Arena
Disember 7, 2015 16:00 MYT
Disember 7, 2015 16:00 MYT
K. KUMAR menambah kutipan emas peribadiya apabila cemerlang dalam acara 400 meter lelaki T36-38 sekaligus buat catatan baharu kejohanan Sukan Para ASEAN dengan 57.06 saat.
Tambahan pingat emas kontingen Malaysia ini lebih manis apabila Kumar berjaya mengatasi rekod kejohanan terdahulu iaitu 50.16 yang di pegang wakil dari Indonesia, Suyono sejak 4 tahun lalu.
Terdahulu Kumar mengutip emas dan juga catat rekod baharu dalam acara 100meter lelaki T38.
Tumpukan kepada 'finishing', di situlah kelemahannya. Tumpukan pada aspek itu seperti dilakukan Redzuan Puzi," kata ketua jurulatih olahraga, Kumar M. Jegananthan.
Juara dunia 100 dan 200meter, Redzuan Puzi turut bersaing namun sekadar menamatkan saingan di tempat ke empat.
Jegananthan menegaskan kemasukan Ridzuan adalah sebahagian dari taktik untuk mengatasi pemegang emas terdahulu, iaitu Suyono.
"Strategi saya, Raduan tak berlumba untuk 200 meter, Redzuan Puzi sampai 300 meter, dan 100m untuk Kumar. Ini permainan kotor tetapi emas untuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, acara renang pula terus menghadiahkan pingat emas ke 5 untuk Malaysia pada hari ke 4 di Singapura.
Perenang muda, Carmen Lim semakin meningkat naik apabila berjaya meraih emas pertama buatnya bagi acara 50m wanita gaya bebas S8. Dia mencatat masa terbaik iaitu 0:39.14s menewaskan dua pesaing dari Thailand yang meraih pingat perak dan gangsa.
Melihatkan atlet berusia 15 tahun ini antara yang paling muda, sudah pasti pingat emas itu bakal menjadi pembakar semangat untuknya beraksi cemerlang dalam kategori seterusnya nanti.
Dalam pada itu, perenang Fraiden Dawan dan Yoong Chung Wei hanya mengutip pingat perak bagi acara 100m lelaki kuak lentang kategori S10 dan S14.
Acara ping pong pula masih lagi kekal dengan satu emas apabila kontinjen negara sekadar raih pingat perak dalam saingan hari ketiga. Peain harapan, Mohd Azwar Bakar yang berpasangan dengan Chee Chaoming tewas kepada Indonesia 3-0 dalam kategori beregu lelaki kelas 10.
Seperti dapat membaca teknik permainan Malaysia, Indonesia mengambil peluang sebaiknya dalam merebut pingat emas menjadi milik mereka.
Pasangan beregu ini terlebih dahulu menang keatas Singapura 3-1 di pusingan separuh akhir sebelum ke pusingan akhir bertemu Indonesia.
Seterusnya harapan masih lagi diletakkan terhadap Azwar bagi kategori individu pula untuk meraih pingat emas.
Pungutan pingat keseluruhan, Malaysia kekal di tangga ketiga dengan 33 emas, 34 perak dan 22 gangsa setakat tengahari tadi.
Sementara Indonesia merampas kedudukan pendahulu daripada Thailand dengan kelebihan enam pingat emas.