Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Astro Arena
Disember 28, 2024 08:45 MYT
Disember 28, 2024 08:45 MYT
BEKAS pertahanan Selangor, Umarbek Eshmurodov, akan menyertai pasukan gergasi Uzbekistan, FC Nasaf, demikian disahkan kelab itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Selangor mengumumkan bahawa benteng tengah berusia 32 tahun itu tidak menyambung kontraknya bersama The Red Giants, yang akan tamat hujung bulan ini.
Tidak lama selepas pengumuman itu, FC Nasaf mengumumkan ketibaan Eshmurodov ke kelab negara kelahirannya itu.
"Umarbek Eshmurodov kembali ke Nasaf! Pemain pertahanan berpengalaman, Umarbek Eshmurodov, yang mewakili pasukan kita pada 2017-2023, besama kelab Malaysia, Selangor, musim lalu dan kini kembali ke Nasaf.
"Umarbek menandatangani kontrak setahun bersama kami. Kami percaya bahawa kerjasama ini akan memberikan impak buat kedua-dua pihak.
"Selamat pulang ke kampung halaman anda, Umarbek!" kata kenyataan itu.