Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Astro Arena
Oktober 25, 2024 09:20 MYT
Oktober 25, 2024 09:20 MYT
KEMAS kini terbaru ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Harimau Malaya menduduki tangga ke-133 dunia selepas mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, minggu lalu.
Kekalahan kepada New Zealand mengakibatkan skuad kendalian Pau Marti Vicente kehilangan 3.72 mata dan sudah mengumpul sebanyak 1,113.92 mata secara keseluruhan.
Sementara itu, Indonesia pula berada di depan pada tempat ke-130 dunia, turun satu anak tangga berbanding catatan terdahulu kerana merekodkan satu seri (Bahrain) dan satu kekalahan (China) dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sang Garuda kini menjadi pasukan ke-3 terbaik Asia Tenggara di belakang Vietnam (119) dan Thailand (96) tatkala Malaysia berada di kedudukan keempat.