Imej botak penyuntik semangat baru Bego

Astro Arena
Julai 24, 2015 12:07 MYT
Ketika di Sukan Sea Singapura, Bego sekadar meraih dua perak namun kedua-duanya hadir dalam acara relay.
Perenang negara Daniel Bego berharap imej botaknya mampu membawa kepada perubahan positif dari aspek prestasinya yang ketika ini berada di tahap yang kurang memuaskan.
Terdapat cadangan dari beberapa pihak yang mahu Bego bersara namun perenang berusia 26 tahun itu berasakan dia masih mampu menyumbang sesuatu untuk negara.
Ketika di Sukan Sea Singapura, Bego sekadar meraih dua perak namun kedua-duanya hadir dalam acara relay.
"Saya akui prestasi saya tidak berapa bagus disaat ramai pihak menjangkakan saya mampu menghadirkan sesuatu," katanya.
"Tahun lepas saya terlepas banyak kejohanan ekoran kecederaan bahu dan awal tahun ini juga saya terpaksa tarik dari beberapa kejohanan ekoran masalah sama," katanya lagi.
Ketika ini, keadaan semasa tidak menyebelahi Bego apabila namanya digugurkan dari kejohanan dunia di Kazank Russia yang akan membuka tirai minggu hadapan.
#Daniel Bego #perenang
;