Ilkay Gundogan disahkan positif COVID-19

Astro Awani
September 21, 2020 23:32 MYT
Ilkay Gundogan ketika menjalani latihan sebelum perlawanan EPL antara Manchester City dan Liverpool di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 2 Julai, 2020. Gambar fail REUTERS
PEMAIN tengah Kelab Manchester City, Ilkay Gundogan disahkan positif COVID-19.
Kelab itu memaklumkan, pemain berusia 29 tahun itu kini menjalani tempoh kuarantin 10 hari.
Ini bermakna, Gundogan terlepas aksi pertama City menentang Wolves.
Liga Perdana Inggeris dalam pada itu maklumkan sehingga Ahad, sejumlah 1,574 pemain dan kakitangan disaring.
Daripada jumlah itu, tiga kes positif COVID-19 dikesan.
Selain Gundogan, dua lagi pemain City, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte turut disahkan positif COVID-19 sebelum ini.
#bola sepak #COVID-19 #Ilkay Gundogan #kes positif #koronavirus #Liga Perdana Inggeris #Manchester City