Iker Casillas kena serangan jantung

Agensi
Mei 1, 2019 23:24 MYT
Casillas dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital. - Foto REUTERS
Bekas penjaga gol Real Madrid, Iker Casillas dilaporkan mengalami serangan jantung sewaktu menjalani sesi latihan bersama kelabnya, Porto.
Bagaimanapun, lapor Reuters, pemain dari Sepanyol itu dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital.
Casillas, 37 tahun, yang membuat 167 penampilan sebagai penjaga gol untuk pasukan kebangsaan Sepanyol, mengalami serangan tersebut semasa sesi latihan pagi.
Porto sedang menjalani persiapan menjelang pertemuan mereka dengan Aves untuk saingan Liga Primiera hujung minggu ini.
#Bekas penjaga gol Real Madrid #Liga Primiera #Porto #sepanyol #serangan jantung
;