Igor Sani kecewa cara penilaian Butler

Astro Awani
Mac 29, 2013 08:35 MYT
Penyerang kelahiran Portugal, Igor Sani meluahkan rasa kecewanya selepas dinafikan tempat bersama pasukan T-Team.
Baginya, ia tindakan tidak adil yang diambil ke atas dirinya oleh Ketua Jurulatih, Peter Butler.
Tambah pemain berusia 26 tahun ini, beliau kecewa dengan cara butler membuat penilaian tanpa mengujinya dalam perlawanan persahabatan.
Sani bagaimanapun mengesahkan masih meletakkan harapan untuk beraksi dalam Liga Malaysia, terutama bersama T-Team pada masa depan.
Sani memulakan karier secara profesional sejak lapan tahun lalu.
Dia menjaringkan 18 gol ketika bersama kelab Farense pada 2012 dalam saingan Liga Divisyen Dua Portugal.
Sani merupakan import pertama yang menjalani sesi pemilihan bagi menggantikan tempat Caleb Folan yang bakal digugurkan.
Malah, bekas penyerang Selangor, Bosko Balaban juga bakal menjalani ujian pemilihan tidak lama lagi.
Ikuti video luahan kecewanya dalam Astro Awani.
#Igor Sani #Liga Malaysia #Peter Butler #Portugal #T-Team
;