Ibrahimovic sudah bersedia untuk beraksi - Pioli
Astro Arena
Oktober 17, 2020 08:49 MYT
Oktober 17, 2020 08:49 MYT
PENGENDALI Milan, Stefano Pioli berkata, Zlatan Ibrahimovic, bersedia untuk kembali menyinar selepas pulih daripada coronavirus menjelang aksi 'derby' bertemu Inter.
Ibrahimovic diuji positif COVID-19 24 September lalu, tiga hari selepas dia meledak dua gol dalam aksi Serie A bertemu Bologna.
Milan mengesahkan minggu lalu bahawa penyerang itu telah bebas daripada virus tersebut selepas dua kali diuji negatif membenarkan dia meninggalkan tempoh pengasingan diri yang menyaksikan dia telah terlepas empat perlawanan.
Ia sekali gus pemain berusia 39 tahun itu bakal diturunkan bertemu Inter dalam aksi minggu ini.
"Zlatan mula tersenyum dan positif untuk kembali beraksi," kata Pioli.
"Dia baru sahaja mula berlatih selama seminggu tetapi keadaannya sangat baik. Dia memiliki masalah tetapi saya melihat dia sentiasa sama.
"Zlatan bersedia untuk beraksi, tetapi kami perlu menilai selanjutnya mengenai perkembangan kecergasannya."
Milan tidak tewas sejak Mac -- dan kini merekodkan 19 perlawanan tanpa kalah -- manakala Inter dua mata di belakang mereka selepas menamatkan saingan di tempat kedua dan mara ke final Liga Europa dalam musim pertama Antonio Conte.