Ibrahimovic mungkin beraksi di Rusia?

Astro Arena
Mac 3, 2018 10:26 MYT
Saya merindui skuad kebangsaan, kata Ibrahimovic. - Gambar fail
ZLATAN Ibrahimovic berkemungkinan akan kembali ke saingan bola sepak antarabangsa dalam saingan Piala Dunia selepas mengakui rindu untuk bermain bersama Sweden.
Ibrahimovic mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2016, selepas dia gagal untuk menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sekaligus tersingkir awal.
Pemain berusia 36 tahun itu berpindah ke Manchester United beberapa minggu selepas saingan tersebut berakhir, berjaya meraih 28 gol dalam semua kejohanan.
Bagaimanapun, musim 2016-17 berakhir awal selepas mengalami kecederaan lutut dalam aksi Liga Europa.
Ibrahimovic berikrar untuk kembali beraksi dan menandatangani kontrak baru untuk kekal di Old Trafford dan kembali beraksi pada November tahun lalu, namun gagal memberikan impak yang besar buat pasukan.
Kecederaan lutut yang berlarutan mengehadkan dirinya beraksi tujuh perlawaan dalam semua kejohanan, tetapi dia berharap untuk menamatkan musim ini dengan baik dan meyakinkan pengurus Sweden, Janne Andersson, untuk dipilih ke Russia.
"Saya merindui skuad kebangsaan," kata Ibrahimovic.
"Selepas bermain selama 20 tahun dan menyaksikan orang lain beraksi buat skuad kebangsaan, ia amat memeritkan. Tetapi perit kerana bergelut dengan kecederaan yang membataskan anda untuk beraksi untuk kelab dan skuad kebangsaan.
"Ia adalah kehidupan saya selama 20 tahun dan secara tiba-tiba saya tidak dapat bermain dalam setiap tiga hari. Tetapi saya perlu menerimanya dan berjuang.
"Saya tidak dapat melakukan perkara lain cuma perlu berlatih dan meletakkan sasaran."
"Beraksi di Russia, ia adalah satu soalan yang sukar. Saya mahu beraksi dan membantu pasukan. Saya tidak mahu ke sana bukan kerana reputasi saya semata-mata."
#bola sepak #cedera #Euro 2016 #Liga Europa #Manchester United #Piala Dunia #Rusia #Zlatan Ibrahimovic
;