Hong Kong belum dapat pemain terbaik berdepan Harimau Malaya

Sinar Harian
Mac 27, 2023 18:24 MYT
Ketua Jurulatih Hong Kong Joern Anderson ketika sidang media menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong, esok. - Foto BERNAMA
"KAMI belum dapat barisan pemain terbaik untuk berdepan Harimau Malaya,"
Itu reaksi pengendali Hong Kong, Joern Andersen aksi persahabatan antarabangsa Tier-1 berdepan skuad negara di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Selasa.
Katanya, masih ada beberapa pemain yang terikat dengan pasukan yang diwakili dalam saingan Liga China dan agak sukar mendapat pelepasan.
Bagaimanapun menurut Andersen, pihaknya tetap melihat kesebelasan pemain ketika ini adalah lebih baik berbanding ketika aksi Kelayakan Piala Asia, Jun tahun lalu.
"Pada tahun lalu, akibat Covid-19 kami tidak dapat memanggil pemain yang beraksi di China tapi untuk kali ini sedikit kelegaan kerana pemain yang kami mahukan boleh turun beraksi selain dalam masa sama, masih ada yang tidak dapat menyertai kami kerana masih ada perlawanan liga di China.
"Selain itu, ada beberapa pemain masih mengalami kecederaan seperti pemain pertahanan, Helio José de Souza kerana masalah pasport, namun kami datang dengan barisan terbaik selepas mengharungi aksi menentang Singapura, Khamis lalu.
"Walaupun seri 1-1 tapi kami mendominasi perlawanan dan melakukan serangan bertali arus namun pasukan lawan yang mengamal corak permainan bertahan menyukarkan kami menambah jaringan," katanya.
Sementara itu, pemain pertahanan Hong Kong, Tsui Wang Kit berkata, kekalahan 0-2 kepada Harimau Malaya Khamis lalu sudah dilupakan.
Malah katanya, semua pemain mahu memberi mengharungi perlawanan yang dijangka menarik.
"Kami mahu fokus untuk perlawanan malam esok (Selasa) dan akan cuba sehabis mungkin untuk memburu kemenangan.
"Malah saya tahu pemain sayap KIR Harimau Malaya kerap beraksi dengan corak permainan pantas.
"Apapun, saya akan beri persembahan yang mantap malah tidak gentar dengan kualiti yang mereka miliki malah akan turun lebih agresif bukan sahaja beraksi secara bertahan tapi akan tetap membantu untuk menyerang," kata Wang Kit. -- Sinar Harian
#persahabatan antarabangsa #harimau Malaya #Hong Kong #Joern Andersen
;