Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat

Amanz
Disember 24, 2024 12:50 MYT
Honda dan Nissan merancang untuk bergabung dan menubuhkan syarikat induk usaha sama baharu menjelang Ogos 2026. -Amanz
HONDA Motor dan Nissan Motor semalam mengumumkan rancangan untuk bergabung dan menubuhkan syarikat induk usaha sama baharu menjelang Ogos 2026.

Ringkasan AI
  • Honda dan Nissan merancang untuk bergabung dan menubuhkan syarikat induk usaha sama baharu menjelang Ogos 2026.
  • Gabungan ini bertujuan mengintegrasikan sumber pengurusan, sumber manusia, dan teknologi untuk meningkatkan sinergi dan nilai korporat jangka panjang.
  • Kedua-dua syarikat ingin memacu pembangunan kenderaan elektrik dan integrasi perisian untuk bersaing lebih efektif dengan pesaing global, terutama dari China.

Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
Jika semuanya berjalan lancar, kita akan melihat pembentukan gergasi automotif baharu. Walaupun bergabung, jenama Honda dan Nissan akan dikekalkan seperti sedia ada.
Menurut Honda, jika gabungan ini berjaya, mereka akan mengintegrasikan sumber pengurusan, sumber manusia, dan teknologi. Ini akan membawa kepada sinergi yang lebih baik dan meningkatkan nilai korporat jangka panjang.
Dengan penggabungan ini, kedua-dua syarikat ingin memacu pembangunan ke arah kenderaan elektrik dan integrasi perisian yang lebih baik.
Ini akan membolehkan mereka bersaing dengan lebih efektif bersama pesaing global lain, terutamanya dari China.
Untuk fasa seterusnya, kedua-dua pihak akan membentuk jawatankuasa khusus untuk melihat integrasi perniagaan dan syarikat sebelum memulakan perbincangan lanjut mengenai gabungan, nyahsenarai saham, dan pembentukan syarikat induk baharu. -Amanz
#Honda #Nissan #syarikat induk usaha sama baharu #pembangunan kenderaan elektrik
;