Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024

Bernama
Mac 17, 2024 06:50 MYT
Choong Hon Jian-Haikal Nazri ketika beraksi menentang Sabar Gutama-Reza Isfahani di Palais des sports, Orleans, pada Ahad. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri merangkul gelaran pertama musim ini pada kejohanan badminton Orleans Masters 2024 di Perancis, semalam.
Hon Jian-Haikal selaku pilihan keempat menewaskan pilihan keenam dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit di Palais des sports, Orleans.
Beregu negara yang menghuni ranking ke-40 dunia dan mula digandingkan pada Ogos tahun lalu membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM78,048) manakala beregu Indonesia itu menerima AS$7,980 (RM37,542) pada kejohanan berstatus Super 300.
Kejayaan tersebut menyaksikan Hon Jian-Haikal meraih gelaran ketiga dalam siri Jelajah Dunia selepas meraih kemenangan di pentas final Cabaran Antarabangsa Syed Modi India berstatus Super 300 pada November sebelum menutup tirai 2023 dengan satu lagi kejayaan di Masters Guwahati (Super 100) Disember lalu.
-- BERNAMA
#badminton #Orleans Masters 2024 #Indonesia #Hon Jian-Haikal
;