Hoki: Rekod baik lawan India beri harapan
Astro Arena
Jun 29, 2015 19:04 MYT
Jun 29, 2015 19:04 MYT
Pengendali skuad Hoki negara, Tai Beng Hai mengharapkan rekod baik Malaysia menentang juara Asia, India memberi suntikan semangat kepada pemain menjelang aksi kelompok lapan terbaik separuh akhir Liga Dunia.
Pasukan negara berjaya layak ke pusingan seterusnya setelah menamatkan cabaran di tempat ketiga Kumpulan B manakala India selaku naib juara Kumpulan A.
Pertembungan ini juga mencetuskan perassan gembira sedangkan Malaysia berjaya menewaskan India, skuad kesembilan terbaik dunia, di Piala Sulatan Azlan Shah pada bulan April lalu.
"Mana-mana pasukan yang kami berdepan pada peringkat suku akhir akan menentukan kelyakan ke Olimpik jadi kami harus bersedia" katanya.
Sementara itu, pengurus skuad Hoki negara, Stephen van Huizen menggesa pemain negara supaya tumpukan fokus sepenuhnya menentang pasukan kualiti tinggi.
"Skuad mereka dibarisi beberapa pemain yang berpengalaman dan pernah meraih pingat emas."
"Skuad yang diturunkan oleh India adalah skuad utama jadi kami perlu turunkan siapa yang kita ada lawan siapa yang mereka ada" katanya.
India juga dianggap laluan lebih mudah kerana mereka sudah layak awal ke Sukan Olimpik Rio, 2016 menerusi pingat emas Sukan Asia.
Namun, jentera serangan yuang dibarisi oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Shahril Saabah harus mempamerkan aksi yang lebih cemerlang berikutan kemarau gol dalam dua perlawanan.
Corak permainan ketika perlawnan menentang China dan Ireland harus menjadi inspirasi jika Malaysia ingin ke Olimpik, Rio.