Hoki Piala Sultan Azlan: Malaysia buka tirai jumpa Korea Selatan

Bernama
Januari 30, 2013 22:02 MYT
Malaysia akan membuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 dengan menentang bekas juara Korea Selatan di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, pada 9 Mac ini.
Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington, mempunyai peluang menebus kekecewaan separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, bulan lepas, apabila tumpas 6-3 pada lawannya itu.
Selepas itu, Malaysia akan berdepan dengan juara bertahan New Zealand pada hari berikutnya, menurut laman web kejohanan, www.azlanshahcup.com. hari ini.
Sebanyak enam pasukan akan bertanding pada kejohanan kali ini dengan juara lima kali, Australia, kembali semula selepas tidak beraksi tahun lepas.
Pasukan lain ialah Pakistan dan India.
#Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 #Korea Selatan
;