Hoki Piala Negara-Negara: Gol hujung permainan hukum The Speedy Tigers

Astro Arena
Jun 3, 2024 15:53 MYT
Anak buah Sarjit Singh itu menutup separuh masa pertama dengan 1-1 selepas jaringan padang Faizal Saari memadam jaringan minit ke-5 Timothee Clement. - Gambar Stadium Astro
PERANCIS 3 MALAYSIA 1
Laluan skuad Malaysia untuk ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Poland kian sempit selepas tunduk 1-3 kepada Perancis, sebentar tadi.
Malaysia yang memerlukan kemenangan selepas terikat 4-4 dengan Pakistan dalam perlawanan Kumpulan A di Gniezno, Poland, kembali dihantui prestasi di hujung permainan.
Anak buah Sarjit Singh itu menutup separuh masa pertama dengan 1-1 selepas jaringan padang Faizal Saari memadam jaringan minit ke-5 Timothee Clement.
Namun, senario itu berubah apabila gawang negara dihukum oleh Francois Goyet (minit ke-43) dan Etieene Tynevez (minit ke-60).
The Speedy Tigers akan kembali beraksi dua hari lagi apabila bertemu Kanada dalam aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum perhitungan klafisikasi, Sabtu ini.
#perhitungan klafisikasi #kembali beraksi #gawang negara #hujung permainan