Hoki: Muhammad Razie rancang bersara di peringkat antarabangsa
Astro Arena
Julai 6, 2015 14:00 MYT
Julai 6, 2015 14:00 MYT
Tujuh pemain hoki negara termasuk kapten Muhammad Razie Abdul Rahim merancang bersara di peringkat antarabangsa jika kejaiban gagal membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik, Rio 2016.
The Malaysian Hockey Tigers dibarisi oleh beberapa pemain yang telah berkhidmat bersama lebih 10 lalu dalam kejohanan seperti Trofi Juara-Juara, Cabaran Juara-Juara 1, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Dunia.
Antara pemain-pemain yang dimaksudkan ialah Baljit Singh Charun Singh, Azlan Misron, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Muhammad Razie Abd Rahim.
Kesemua pemain ini telah membuat lebih 150 penampilan buat The Speedy Tigers dan sudah tiba masa untuk beri laluan kepada prospek baru.
Tangga keenam separuh akhir Liga Hoki Dunia menyaksikan hanya keajaiban dapat membantu Malaysia layak ke Rio dan jika gagal, para veteran ini akan mengucapkan selamat tinggal.