Hoki: KHM sedia terima perubahan
Astro Arena
Julai 1, 2015 21:04 MYT
Julai 1, 2015 21:04 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Logan Raj sedia terima perubahan termasuk pemansuhan sistem Liga Dunia seperti yang dicanang beberapa ahli gabungan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Logan tiba di Antwerp untuk menghadiri persidangan CEO ahli gabungan FIH pada Rabu. Antara tajuk utama, sistem Liga Dunia yang tidak digemari beberapa negara eropah terutama yang gagal menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.
Sistem ini beri peluang sama rata kepada pasukan ranking lebih bawah untuk layak, namun, KHM sedia terima perubahan.
Dibawah sistem Liga Dunia, Malaysia berjaya layak ke piala dunia 2014 di The Hague, Belanda selepas kali terakhir pada 2002.
Sistem sama juga menyaksikan skuad hoki negara selangkah lagi untuk layak ke Olimpik Rio jika menewaskan India pada suku akhir, malam ini.
Antara pasukan yang dapat kelebihan dalam sistem ini ialah Kanada, yang raih tangga keempat separuh akhir Liga Dunia di Argentina, bulan lalu yang menyaksikan mereka hampir pasti layak ke Rio.
Sistem ini sepatutnya jadikan saingan lebih terbuka. Namun, terpulang kepada FIH buat keputusan ketika badan induk itu dibarisi ramai pegawai dari eropah.