Hoki Kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia berdepan laluan mencabar

Astro Arena
November 8, 2023 08:15 MYT
Skuad hoki negara diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A dalam pusingan kelayakan di Oman tahun depan. - Foto Astro ARENA
SKUAD hoki negara berdepan laluan mencabar untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, kejohanan pusingan kelayakan di Oman awal tahun depan.
Great Britain, yang menduduki ranking keempat dunia sebagai England, merupakan pilihan utama untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Musuh tradisi, Pakistan, yang menduduki ranking ke-16 dunia ketika ini, turut berupaya memberikan ancaman sambil kekalahan kepada China dalam Sukan Asia Hangzhou lalu pasti masih menghantui skuad bimbingan Arul Selvaraj berkenaan.
Sebagai rekod, hanya tiga pasukan terbaik dalam kejohanan ini akan memperoleh tiket ke Paris tahun depan.
Dalam pada itu, skuad wanita negara pula diundi dalam Kumpulan B bersama Great Britain, Sepanyol dan Kanada menjelang kejohanan kelayakan di Valencia, juga awal tahun depan.
#hoki #Hoki Kelayakan Sukan Olimpik #Sukan Olimpik Paris 2024 #pusingan kelayakan
;