Hoki: India sedia ambil risiko
Astro Arena
Julai 1, 2015 17:17 MYT
Julai 1, 2015 17:17 MYT
India akan mengambil risiko menurunkan pakar pukulan sudut penalti, Rupinder Pal Singh berdepan skuad hoki negara, malam ini kerana mereka sudah kehilangan pemain tengah, Yuvraj Walmiki ekoran kecederaan.
India tempang selepas beberapa pemain cedera sepanjang laluan bergelar naib juara kumpulan A.
Yuvraj terpaksa menarik diri dari kejohanan ekoran kecederaan tulang kering sementara Rupinder belum pulih sepenuhnya daripada hamstring.
Bagaimanapun, jurulatih, Paul Van Ass berkata, mereka terpaksa ambil risiko menurunkan rupinder kerana ketiadaannya menjejaskan kekuatan pukulan sudut penalti.
India mencatat dua kemenangan seri sekali tewas sekali di peringkat kumpulan.
Kem mereka ditimpa krisis kecederaan sebelum berangkat ke Belgium apabila pakar pukulan sudut penalti utama, V R Ragunath, pemain tengah, Kotajit Singh dan Sunil Vitalayacharya cedera.
Bagaimanapun, mereka sudah layak ke sukan Olimpik Rio 2016.
Cuma, kelebihan buat ranking kesembilan dunia ini jika perlawanan diheret ke penalti shoot out kerana penjaga gol, sreejest parattu pakar dalam gerakan itu.