Hidayat kini bergelar pemandu Grab

Astro Arena
Februari 5, 2021 23:55 MYT
MUHAMMAD HIDAYAT: Saya sekarang bergelar pemandu Grab; itu yang saya mampu lakukan ketika ini. - Foto Astro ARENA
BEKAS jaguh angkat berat negara, Muhammad Hidayat Hamidon, menceburi bidang luar daripada sukan yang diwakilinya hingga ke pentas antarabangsa.
"Walaupun sebelum 1998 saya telah mengecap kejayaan dalam sukan angkat berat, tetapi Sukan Komanwel merupakan paling tertinggi dalam karier saya," katanya.
"Saya sekarang bergelar pemandu Grab. Itu yang saya mampu lakukan ketika ini. Sebelum penularan pandemik COVID-19, pendapatan agak konsisten namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia agak terjejas.
"Sejak kontrak saya selaku jurulatih skuad kebangsaan pada 2018 tidak diperbaharui, tiada perkhabaran daripada pihak persatuan mengenai perkembangan saya selepas pencapaian yang diraih oleh saya untuk negara sebelum ini.
"Namun terdapat beberapa rakan rapat, rakan media yang masih lagi bertanyakan khabar saya ketika ini."
#angkat berat #COVID-19 #pandemik #sukan #perintah kawalan pergerakan #PKP #Muhammad Hidayat Hamidon #jaguh angkat berat #pemandu Grab #jurulatih #kontrak #Sukan Komanwel #pendapatan