Hewitt tunjuk taring terbaharu
AFP
Januari 5, 2014 20:10 MYT
Januari 5, 2014 20:10 MYT
Pemain Australia, Lleyton Hewitt menamatkan kemarau trofi selama tiga tahun apabila meraih gelaran juara kejohanan Tenis Antarabangsa Brisbane hari ini.
Hewitt melakar kejayaan itu selepas menewaskan bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer
6-1, 4-6, 6-3 pada final kejohanan itu.
Kemenangan yang dicatat itu dijangka akan meningkatkan lagi kedudukannya ke tempat ke-43 dunia daripada tempat ke-60 sekarang.
Hewitt dilanda pelbagai masalah kesihatan sejak kebelakangan ini dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2010, 2011 dan 2012.
“Sebelum pembedahan yang terakhir, saya tidak sembunyikan kenyataan bahawa saya mungkin tidak akan dapat berlawan lagi,” katanya.
Kemenangan ini akan meningkaktkan lagi keyakinannya untuk beraksi pada Terbuka Australia dari 13 hingga 26 Januari ini.
Federer pula memulakan permainan menentang Hewitt dengan aksi yang kurang memuaskan, mungkin disebabkan oleh cuaca panas di Brisbane.