Henti taja Hafizh, Petronas tumpu pembangunan pelumba pelapis
Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 20, 2017 18:31 MYT
Disember 20, 2017 18:31 MYT
Tindakan Petronas menarik diri menaja pelumba Moto2 Hafizh Syahrin adalah bagi memberi fokus kepada pembangunan pelumba pelapis muda khususnya Moto3.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali, selain Moto3 Petronas juga akan memberi tumpuan kepada saingan Kejuaraan Remaja Dunia.
Bagaimanapun tegasnya, Petronas masih lagi bekerjasama dengan SIC menerusi aspek pembangunan untuk mencari calon terbaik bagi menggantikan pelumba sedia ada iaitu Adam Norrodin dan Hafizh sekiranya mereka dinaik taraf ke kategori lain.
Jelasnya, ketika ini Hafizh akan berlumba menggunakan nama SIC Racing Team.
SIC Racing Team juga akan mencari penaja yang baharu pada masa hadapan.