Hector Bidoglio sah kembali kemudi JDT, Aidil Zafuan antara barisan kejurulatihan
Astro Arena
Disember 29, 2023 17:14 MYT
Disember 29, 2023 17:14 MYT
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan bahawa Hector Bidoglio akan kembali memainkan peranan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Selatan itu musim depan.
Bidoglio, yang sebelum ni bertindak sebagai pengarah teknikal kelab itu dan penasihat kepada pasukan utama, kini akan kembali memainkan peranan asalnya selepas kelab itu memilih untuk berpisah dengan Esteban Solari baru-baru ini.
Bidoglio akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lalu, dan penolong jurulatih baru dari Argentina, selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan yang akan menyertai kelab itu musim depan.
Pertahanan legenda, Aidil Zafuan Abd Radzak, juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.
"Hector pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai-November 2022 sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT. Beliau telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lalu," kata kelab itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro