Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Sinar Harian
Oktober 6, 2024 05:50 MYT
Oktober 6, 2024 05:50 MYT
PENYERANG Jerman, Kai Havertz terlepas perlawanan Kumpulan C Liga Negara-Negara UEFA menentang Bosnia dan Belanda selepas mengalami masalah lutut, kata Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB).
Havertz sebelum itu tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
“Jurulatih pasukan kebangsaan Jerman, Julian Nagelsmann mencalonkan Jonathan Burkardt sebagai ganti Havertz.
“Semoga cepat sembuh Kai,” umum badan induk berkenaan.
Jerman melawat Bosnia di Stadium Bilino Polje pada Sabtu diikuti Belanda di Allianz Arena pada 15 Oktober.
Jerman mengemudi kumpulan dengan empat mata namun dipisahkan jaringan dengan Belanda kedua, Bosnia ketiga dan Hungary keempat. - Sinar Harian