Jodoh pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bersama pasukan Pahang menghampiri penghujungnya.
Pengurus pasukan Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan Sumareh yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2022 sudah tidak mempunyai hati bersama pasukan berkenaan selepas pemain sayap kebangsaan itu tidak menyertai sesi latihan skuad Tok Gajah sejak sebulan lepas.
Menurut beliau, sikap yang mencerminkan seseorang pemain tidak profesional itu telah dibawa ke peringkat tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak tertinggi PBNP akan membuat keputusan selanjutnya serta tindakan disiplin yang bakal diambil. Buat masa sekarang saya tak boleh komen dari sudut tindakan.
"Cuma saya melihat dalam hal ini, hati Sumareh mungkin tidak lagi bersama Pahang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-56 di sini, hari ini.
BACA: Sudah sebulan Sumareh tidak muncul - Dollah
Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh sebelum ini mendedahkan pemain kelahiran Gambia berusia 27 tahun itu tidak menyertai sesi latihan, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung semalam.
Pada masa sama, Mohammed Suffian berkata pihaknya tidak didatangi mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Sumareh, sekali gus menafikan terdapat unsur 'tapping up' (merekrut pemain ketika masih terikat dengan kontrak bersama pasukan lain).
"Mungkin ada pasukan yang berhubung secara peribadi dengan beliau, itu kami tak ada pengetahuan tetapi proses sebaiknya pemain itu datang berjumpa dengan pengurusan tertinggi secara bersopan-santun untuk berbincang. Sebagai contoh isu perpindahan Matt Davies yang tampil berbincang terlebih dahulu," tambah beliau.
Sementara itu, Sumareh dalam hantaran terkini dalam akaun Instagram miliknya memohon maaf kepada peminat dan penyokongnya.
"Sayangnya perkara terjadi seperti ini, saya tidak berniat untuk mungkir janji mengenai sokongan saya terhadap kelab berprestij ini. Bagaimanapun, kadang kadang sesuatu perkara tidak berlaku seperti yang dirancang. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
"Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut. Hanya masa yang akan menentukannya," kata Sumareh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 29 2020
Pengurus pasukan Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan Sumareh yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2022 sudah tidak mempunyai hati bersama pasukan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.
FAM dedah sebab pilih Laos jadi lawan Harimau Malaya
FAM menjelaskan sebab pemilihan pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos sebagai lawan Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada bulan depan.