Hasrat Tengku Abdullah mengundur diri satu perkara positif - KJ

Astro Arena
September 8, 2015 14:44 MYT
Khairy Jamaluddin berpandangan hasrat Tengku Abdullah (gambar) berundur daripada kepimpinan FAM sebagai satu perkara positif. -Gambar fail
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berpandangan hasrat Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berundur daripada kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai satu perkara positif.
Pada Isnin, Tengku Abdullah menyatakan baginda akan berundur secara berperingkat daripada FAM.
Ia susulan kekalahan memalukan 10-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan Asia tempoh hari.
Jelas Khairy, tindakan Tengku Abdullah itu membuktikan baginda menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.
"Itu adalah satu tanda yang boleh dikatakan positif sebab ada akauntabiliti dari pihak kepimpinan persatuan sukan.
"Dalam kes FAM saya juga setuju dengan pandangan Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan bahawa sepatutnya bukan hanya presiden yang perlu dipertanggungjawabkan, tetapi seluruh kepimpinan FAM perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku," ujar Khairy.
#bola sepak #FAM #kelayakan Piala Dunia #Khairy Jamaluddin #Tengku Abdullah #UAE
;