Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai
Astro Arena
Julai 2, 2024 14:00 MYT
Julai 2, 2024 14:00 MYT
MANCHESTER United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baru setelah mencapai persetujuan dengan bekas kelabnya, Newcastle United.
Pada Februari lalu, Ashworth memberitahu Newcastle bahawa dia ingin berpindah ke Old Trafford dan direhatkan sementara waktu tatkala kedua-dua kelab berusaha menyelesaikan perjanjian itu.
Ashworth –- yang pernah memegang jawatan dalam Persatuan Bolasepak dan Brighton & Hove Albion -- dilaporkan sanggup mengheret Newcastle ke mahkamah untuk merealisasikan perpindahan itu, namun mereka telah pun mencapai kata sepakat.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro