Harry Winks hadiah kemenangan dramatik buat Spurs
Ian Johan Ariff
Januari 21, 2019 10:38 MYT
Januari 21, 2019 10:38 MYT
GOL pada penghujung permainan daripada Harry Winks membolehkan Tottenham Hotspur mengatasi Fulham 2-1 di Craven Cottage.
Fulham terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-17, apabila penyerang Spurs, Fernando Llorente tersepak bola ke dalam gawang sendiri.
Spurs menyamakan kedudukan enam minit selepas permainan bersambung di babak kedua apabila Dele Alli menanduk masuk hantaran tepat Christian Eriksen.
Krisis kecederaan pemain yang dihadapi Spurs semakin parah apabila Alli terpaksa dikeluarkan akibat mengalami kecederan pada otot hamstring.
Namun tiga minit dalam masa kecederaan, Winks menceriakan skuad Spurs apabila menanduk masuk gol kemenangan hasil hantaran silang Georges-Kevin Nkoudou.
Spurs kekal di tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 51 mata, lima mata di belakang Manchester City di tangga kedua, manakala Fulham kekal di tangga ke-19 dengan 14 mata.
#Christian Eriksen
#Dele Alli
#EPL
#Fernando Llorente
#Fulham
#harry winks
#Liga Perdana Inggeris
#Spurs
#Tottenham Hotspur