Harry Kane, #saynotocircusgame trending di laman sosial
Madiha Abdullah
Mei 28, 2015 09:01 MYT
Mei 28, 2015 09:01 MYT
Nama Harry Kane trending di laman sosial selepas dua gol jaringannya berjaya membawa kemenangan kepada Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur di Shah Alam semalam.
Spurs yang menentang barisan pemain bola sepak terhebat negara, Malaysia XI, menang dengan jaringan 2-1.
Kane yang juga merupakan kapten Spurs, membuka jaringan pada minit ke-19 dan gol kedua daripadanya hadir di hujung separuh masa pertama.
Turut trending semalam adalah hashtag #saynotocircusgame.
Perlawanan kontroversi antara Spurs dan Malaysia XI itu dilaporkan hanya dihadiri kira-kira 20,000 penonton, dalam kapasiti stadium yang mampu memuatkan 80,000 penonton.
Ia mendapat tentangan sebahagian besar peminat bola sepak tempatan yang menganggap perlawanan tersebut sebagai perlawanan sarkis.