Harimau Selatan kukuh cengkaman
Sinar Harian
April 10, 2021 06:00 MYT
April 10, 2021 06:00 MYT
PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan cengkaman takhta liga selepas membelasah PJ City 3-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.
Skuad kendalian Benjamin Mora memulakan pesta jaringan pada minit kedua hasil tandukan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Dua gol lagi tuan rumah dihasilkan Bergson Da Silva pada minit ke-20 dan minit ke-30 sekali gus membolehkan Harimau Selatan membawa pulang tiga mata.
Kemenangan keenam liga itu membolehkan JDT mengumpul 20 mata selepas mengharungi lapan perlawanan, empat mata mengatasi pesaing terdekat Kedah Darul Aman.
Berita asal: Harimau Selatan kukuh cengkaman
#JDT
#Liga Super
#PJ City
#Stadium Sultan Ibrahim
#Benjamin Mora
#Gonzalo Cabrera
#Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
#Bergson Da Silva