Harimau Selatan baham Penyu di Kuala Terengganu
Astro Arena
Februari 28, 2016 08:39 MYT
Februari 28, 2016 08:39 MYT
JOHOR Darul Takzim (JDT) meneruskan momentum kecemerlangan mereka dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan jaringan 2-0.
Walaupun beraksi dilaman sendiri namun kelebihan itu tidak mampu dimanfaatkan Terengganu sebaliknya JDT tampil dengan corak permainan lebih kemas dan berkesan.
Terengganu menurunkan bekas penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha namun pemain itu sering hilang dan tidak meningalkan impak berkesan.
Sebaliknya, Terengganu cenderung menyerang menggunakan khdimat pemain sayap Joseph Kalang Tie namun hantarannya tidak menemui penyudah didalam kotak.
Nasib Sang Penyu bertambah malang apabila import Argentina Gustavo Lopez terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan sejurus mengambil sepakan percuma.
Gol JDT hadir menerusi jaringan 'out footed' S. Chanturu selepas menerima hantaran dari Jorge Pereyra Diaz.
Hampir 6 minit kemudian, JDT menggandakan jaringan menerusi percubaan Jorge Pereyra Diaz yang berjaya melepas halangan Vincent Bikana seterusnya melakukan rembatan deras ke arah gawang Sharbinie Alawi.
Kemenangan 2-0 meletakkan JDT ditangga kedua dengan 7 mata dibelakang pendahulu Felda United.
Keputusan lain:
Felda United 2-0 T-Team
Pahang 1-3 Selangor
PDRM 2-2 Pulau Pinang
Perak 0-0 Kedah