Harimau Muda A terima insentif sebagai motivasi dan penyuntik semangat

Astro Awani
Februari 17, 2013 08:53 MYT
Ketua Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menyifatkan insentif yang dijanjikan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) jika anak buahnya berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini adalah sebagai motivasi tinggi untuk hasrat itu direalisasikan.
"Apa yang dijanjikan oleh Telekom Malaysia ini akan jadi salah satu faktor untuk pemain lebih bermotivasi tetapi imbuhan itu bukan punca utama kita maju dan bertambah baik ataupun untuk mendapatkan pingat emas cumasnya yang penting imbuhan itu dapat beri suntikan yang lebih kepada pemain" kata Ong.
Kim Swee juga tidak menafikan, ia juga mampu meningkatkan moral dan semangat para pemain.
Ketua Pegawai Pemasaran TM, Datuk Rozalila Abdul Rahman pada Jumaat mengesahkan pihaknya akan memberi insenfif kepada Harimau Muda A.
Ia bagi meneruskan kesinambungan komitmen mereka, sebelum ini.
Pada September tahun lalu, TM menyerahkan sumbangan kepada FAM atas kejayaan skuad itu mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Jakarta, pada 2011.
Harimau Muda A kini dalam misi meraih emas hatrik pada temasya yang akan berlangsung di Myanmar, Disember ini.
#harimau muda #insentif #Ong Kim Swee #pingat emas #TM
;